SEJARAH AHB GROUP
Pengenalan
LEGASI sebuah syarikat yang mula menceburi bidang infrastruktur dan bangunan sejak 1982 berdaftarkan dengan SSM
Sejarah awal penubuhan syarikat ini dianggotai oleh individu iaitu pengasas berasal nama Kumpulan ALI HUSIN BROS . Pengasas awal Tuan Haji Ali Husin , beliau yang berpengalaman luas dan profesional dalam industri pembinaan dan diambil alih oleh adik beradiknya sejak dulu dan kini diambil alih oleh Tuan Hawarie Bin Tan Muzi , beliau adalah mantan Naib pengerusi Pengerusi Persatuan Kontraktor Bumiputera PERKOBF Perak dan juga mantan Pengerusi KOPERA Koperasi Kontraktor PERKOBF Perak .
Dengan pengalaman beliau yang pernah berkhidmat sebagai kakitangan awam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar ( KKLW )kini dikenali ( KKDW ) Kementerian Kemajuan Desa Wilayah , seterusnya memperluaskan lagi karier kerja beliau dengan menubuhkan AHB GROUP sebagai kontraktor syarikat kejuruteraan awam dankemudian pembinaan rumah .
Penjenamaan baharu kini membawa jenama singktan iaitu AHB GROUP dengan nama syarikat didaftarkan ALI HUSIN & BROS GROUP SDN BHD (1008832-T) atau sebelum ini dikenali sebagai Works On Wealth Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang bertauliah dan mempunyai lesen pentauliahan yang lain seperti lesen tukul besi , panel arkitek, jurutera, jurukur bahan dan pereka dalaman yang berwibawa untuk membantu AHB GROUP dalam menyiapkan semua projek termasuk Pembinaan Rumah.
Kini pilihan terbaik untuk anda dengan tagline iaitu “Rekabentuk Impian Anda Bersama Kami ”
Sememangnya menjadi keutamaan kami agar dapat mencapai impian apa yang diimpikan oleh pelanggan .
AHB GROUP berdaftar Pusat Khidmat Kontraktor, CIDB . Jadi anda tidak perlu risau kerana kami ada tauliah yang dibenarkan untuk membina rumah impian anda.
Dalam industri pembinaan, AHB GROUP juga merupakan salah sebuah syarikat yang bergiat aktif dalam projek pembinaan perumahan selaras dengan pembangunan negara yang menggalakkan kemajuan ekonomi serta peningkatan struktur pembangunan.
AHB Group brand value
berani
Tidak gentar dalam menyediakan penyelesaian senergi bagi setiap projek projek yang dijalankan.
TANGKAS
Satu langkah pantas ke hadapan mendahului yang lain dalam menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi dan permintaan pelanggan
PERINTIS
Menyediakan idea idea baru yang segar yang di luar kotak yang boleh dilaksanakan.
TENACIOUS
Bertenaga positif mempunyai sikap bersemangat tinggi tabah dalam mencapai matlamat dan melihat semua tugasan selesai.
MOTTO
REALISASIKAN IMPIAN
VISI
Menjadi sebuah syarikat pembinaan ternama sebagai peneraju yang berkembang dalam industri , bersepadu sepenuhnya di dalam Malaysia.
MISI
- Memastikan menyiapkan projek pembinaan rumah mencapai sejumlah 1800 unit ke atas menjelang tahun 2027 .
- Memajukan pasukan melaksanakan projek sektor kerajaan dan individu awam dengan meletakan diri kami syarikat yang mampu menyediakan servis pembinaan bangunan , rekabentuk dan pengurusan projek dengan professional.
- Meningkatkan kualiti syarikat menjadi pelaksana yang baik dan menambah nilai bagi pihak pelanggan.
- Mewujudkan pasukan dan kakitangan kami yang komited yang berpengalaman , cekap serta berdedikasi dalam tugas.
- Mempergiatkan penglibatan pembangunan untuk merelisasikan projek yang meyumbang kearah pembinaan Negara dan berbangga dengan etika kerja standard yang tinggi dipandu dengan Brand Value AHB GROUP.