5 TIPS NAK RUMAH LUAS

Di dalam ruang yang kecil dan sempit, segalanya penting dan perlu dititikberatkan. Bilik yang kecil boleh membuat anda merasa terkurung dan merasa sempit yang yang tak selesa. Tetapi dengan konsep reka bentuk yang tertentu, mampu memberikan perbezaan secara visual dan membuatkan rumah anda kelihatan lebih luas.

5 tips untuk membuatkan rumah kelihatan lebih luas dengan hanya beberapa cara mudah.

1) Gunakan Warna Cerah Dan Kontra Yang Sesuai

Seperti yang diketahui umum bahawa warna terang menjadikan bilik kelihatan lebih besar dan lebih cerah.

Warna dinding yang terang adalah lebih reflektif serta menjadikan rumah anda terasa terbuka dan lebih lapang. Ini membantu memaksimumkan kesan yang dihasilkan oleh cahaya semula jadi.

Warna gelap pula cenderung menyerap cahaya dan menjadikan bilik kelihatan lebih sempit.

Untuk kesan yang optimum, pilih tona warna lembut seperti warna putih, biru dan hijau. Harus diingat bahawa bilik yang lebih terang sentiasa kelihatan lebih besar dan lebih menarik.

beli barang perhiasan dinding atau aksesori bilik anda dengan warna yang lebih terang daripada warna dinding. Dengan berbuat demikian, dinding akan kelihatan lebih jauh ke belakang serta menjadikan ruang tamu anda kelihatan luas.

2) Gunakan Pencahayaan Yang Sesuai

Membiarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam bilik boleh menyerlahkan lagi bahagian dalaman rumah anda serta membuatkan rumah kelihatan lebih luas.

Sekiranya kediaman anda kurang mendapat cahaya semula jadi, anda boleh menambahkan pencahayaan tambahan secara kreatif dengan menggunakan lampu. Anda pasti berasa kagum dengan bagaimana penambahan kecil ini dapat membuat perbezaan yang ketara.

Tetapi, jika persekitaran kediaman anda mempunyai banyak cahaya semula jadi, biarkan ia masuk ke rumah anda melalui tingkap atau panel. Ia akan menghubungkan bilik atau ruang tamu anda dengan kawasan luar serta tidak lagi mengehadkan ruangan anda.

Bukakan langsir atau tirai tingkap lebih lebar untuk membiarkan lebih banyak cahaya masuk. Tetapi jika pandangannya kurang menarik, anda boleh meletakkan tanaman atau bunga berdekatan tingkap dan menggunakan lampu untuk mencerahkan ruang.

3) Jangan Biarkan Rumah Anda Dalam Keadaan Bersepah

Pastikan bilik anda sentiasa kemas dan teratur. Tiada apa yang membuatkan ruang kecil terasa lebih sempit selain daripada mempunyai terlalu banyak barang.

Dengan keadaan yang tersusun rapi, ruang yang dilihat akan terasa teratur dan terbuka. Bilik yang bersepah kebiasaannya terasa lebih sempit.

Jangan letakkan terlalu banyak bingkai gambar di dinding anda. Satu bingkai gambar yang besar selalunya lebih baik daripada beberapa bingkai gambar yang kecil. Terlalu banyak gambar akan membuatkan ruangan dinding anda terasa penuh dan sesak.

Semasa menghias mana-mana ruang, cipta satu titik fokus – satu kawasan atau ciri yang boleh menarik perhatian mata. Contohnya di ruang makan, titik ini mungkin adalah meja makan. Atau di bilik tidur, ianya adalah katil. Jadikan titik fokus ini sebagai bintang utama bilik anda.

Susun perabot anda supaya menampakkan bahawa setiap fokus ditarik untuk menyerlahkan kawasan tersebut. Dan pastikan barang di ruang selebihnya di kadar yang minimum (hadkan jumlah aksesori).

Pastikan juga lantai anda sebersih yang mungkin dari sebarang sampah atau longgokan. Ini adalah salah satu cara yang paling penting dan mudah untuk mengekalkan rasa lapang. Keluarkan permaidani besar untuk mencipta ilusi ruang lantai yang lebih luas.

4) Gunakan Cermin

Cermin boleh menjadikan bilik anda kelihatan lebih besar. Gunakan titik fokus dan sudutkan cermin anda ke arahnya untuk memberi ilusi kedalaman.

Cermin juga memantulkan cahaya semula jadi dan lampu serta menjadikan bilik jauh lebih terang pada waktu siang dan malam. Ia memantulkan cahaya jauh ke dalam bilik dan membuatkan rumah anda kelihatan lebih luas.

Selain itu, meletakkan cermin berhampiran dengan tingkap untuk mencerminkan kawasan luar juga adalah sangat berkesan. Cermin di dinding dan meja kaca turut memberikan rasa lebih terbuka di bilik anda.

5) Maksimumkan Susunan Perabot Anda

Kadangkala perabot boleh boleh memakan ruang yang banyak. Untuk mengelakkannya, anda boleh menggunakan perabot yang mempunyai pelbagai fungsi.

Sebagai contoh, meja kopi yang mempunyai banyak laci penyimpanan atau sofabed yang boleh ditukar menjadi katil. Anda juga boleh menggunakan meja makan dipanjangkan atau meja lipat yang boleh disimpan apabila anda tidak memerlukannya.

Letakkan perabot yang lebih besar di dinding untuk memaksimumkan ruang terbuka. Ukur perabot anda sebelum membeli agar sesuai dengan ukuran bilik dan tidak sesekali menghalang laluan.

Sekiranya perabot dan aksesori menyekat pemandangan ke dalam bilik, ia akan kelihatan sempit. Dengan memindahkan perabot keluar atau jauh dari laluan keluar masuk, anda akan membuka ruang dan menjadikannya lebih besar.

Selain itu, adalah sangat disyorkan supaya sekurang-kurangnya sebahagian daripada perabot atau aksesori anda mempunyai warna yang sama dengan dinding. Ini akan membuatkan barangan lain yang lebih besar tampak serasi serta meluaskan ruangan.

Perabot yang tinggi boleh menjadikan siling kelihatan lebih rendah daripada yang sebenar. Pastikan terdapat ruang di antara siling dan perabot anda.

Pilih sofa dan kerusi dengan tangan terbuka dan kaki yang terdedah. Ini membolehkan cahaya melalui perabot tersebut dan membuatkan ruangan tampak lebih menyerlah. Meja kaca juga dapat membantu meningkatkan efek ruang terbuka.

Anda Ingin dapatkan khidmat konsultansi tentang bina rumah secara PERCUMA???

ATER KOME ORANG PERAK ,
korje di perantauan , tunggu apa lagi nak bina ghomah idaman kat tanah komer sendiri!

Dah lama berangan nak ade ghomah ikut citarasa sendiri, ye dak? 

Udah ade ghomah ataih tanah sendiri, boleh la eksyen komer!
Keme nak kabo ni,

Serah kepada kami AHB GROUP boleh bantu komer nak buat ghomah impian komer tu.

AHB GROUP    ada team  team yang berpengalaman ni

Yang pakar  dalam reka bentuk dan pembinaan ghomah,

kompom akan bantu komer sampa pegang kunci ghomah.

Ape special AHB GROUP ?

πŸ‘‰πŸ» AHB GROUP  ada team yang pakar dan pengalaman yang udah lama dan bertahun dalam bina ghomah .

πŸ‘‰πŸ» AHB GROUP bagi Design ghomah yang terkini dan kome pilih lokasi yang sesuai ataih tanah komer yang ade.

πŸ‘‰πŸ» AHB GROUP , mudah  nego ikut rege atau bajet yang komer nak ikut spek yg sesuai

βœ… Usah riso, AHB GROUP
boleh jamin  bagi 100% komitmen untuk siapkan ghomah komer ikut masa Perjanjiaann

Insya Allah, pasti hasil bina ghomah nanti lawa dan berkualiti ghomah komer nanti.

Ate, komer nunggu ape lagi, leghaih roger keme hari ini untuk maklumat.

Tinggal nunggu pembinaan ghomah impian komer siap!

NAK BINA RUMAH
.

INFO Lanjut sila Klik Link Di Bawah

, konsultasi kami percuma
Pilih dengan siapa anda selesa

www.wasap.my/601140616861/ZKM
JAI

www.wasap.my/60148788873/ZKM
Azli

www.wasap.my/601140616862/ZKM
NORA

www.wasap.my/601161843099/ZKM
FIRASH

www.wasap.my/601174054816/ZKM
MUZ
.
Nak dapatkan freegift paling awal
dari AHB GROUP?

Dapat free gift lagiii. Berbaloi!

Jom rebut peluang!
klik link ni πŸ‘‡percuma design

https://linktr.ee/ahbgroup

Kongsikan Artikel ini:

Artikel Popular