BELAJAR JENIS IKATAN BATA.

– Jenis ikatan bata mempengaruhi kekuatan sesebuah dinding yang dibina. Berikut adalah jenis ikatan yang popular digunakan di Malaysia.

JENIS IKATAN

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

A) Ikatan Sisi bata

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu batasetengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

B) Ikatan Kepala Bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada bahan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

C) Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

D) Ikatan Flemish

Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

JOM DAPATKAN FREE KONSULTASI PERCUMA

CEPAT WHATSAPP HOUSING CONSULTING KAMI

Anda Ingin dapatkan khidmat konsultansi tentang bina rumah secara PERCUMA???

JENIS PEMBIAYAAN

1. Cash
2. Loan LPPSA (Penjawat Awam/Kerajaan)
3. Loan Bank
4. KWSP (Akaun 2)

Tanya saja keluasan & tanya kami bagaimana caranya

Nak Bina Rumah Impian ??
 Kami sedia membantu merealisasikan rumah impian anda.
.
Klik Link Di Bawah

FYZAL PERUNDING PERUMAHAN
www.wasap.my/601140616861/WBBFreeKonsultasiNak

NORA PERUNDING PERUMAHAN
www.wasap.my/601140616862/WBBFreeKonsultasiNak

FIRASH PERUNDING PERUMAHAN
www.wasap.my/601161843099/WBBFreeKonsultasiNak

EN. MUZZ PERUNDING PERUMAHAN
www.wasap.my/601174054816/WBBFreeKonsultasiNak
.
Nak dapat freegift paling awal dari AHB GROUP?
Selalu lambatkan kalini mesti kena dapat. Dah la design lawa lawa.
Dapat free gift lagiii. Berbaloi!
Jom rebut peluang!
klik link ni

https://linktr.ee/ahbgroup
.
Jemput Join Group telegram untuk design yang menarik dan info binaan yang lain:
https://t.me/+wdGgTGKzLN85MjZ

Tanya jer dulu 🙌

” Rekabentuk impian anda bersama kami. “
AHB GROUP – www.NakBinaRumah.com

Kongsikan Artikel ini:

Artikel Popular