Bina Rumah Status Tanah Jenis Pertanian

𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍

Terdapat sebilangan dari kita mewarisi tanah daripada ibu bapa yang kebanyakannya status tanah yang masih dalam kategori pertanian.

Kebiasaannya, saiz tanah ini melebihi 1 ekar. Jadi, apakah boleh kita bina rumah diatas tanah berstatus pertanian?

Apakah boleh kita bina rumah diatas tanah berstatus pertanian?

Jawapannya : dua jawapan 𝙔𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙏𝙞𝙙𝙖𝙠

𝗬𝗔:

𝟏 ) Sesetengah Majlis Daerah masih memberikan kelulusan pelan rumah yang akan dibina di atas status tanah pertanian.

Mungkin disebabkan faktor tanah pertanian dan faktor zoning di sesebuah kawasan yang menyebabkan mereka masih membenarkan kelulusan pelan atas tanah pertanian.

𝟐 ) Pinjaman Perumahan untuk kakitangan Kerajaan membenarkan pinjaman diberikan kepada pemohon yang ingin membina di atas tanah pertanian. Tetapi masih tertakluk pada yang No 1, iaitu pelan rumah perlu diluluskan oleh Majlis Daerah.

Jika Majlis Daerah mewajibkan tukar dahulu status tanah ke bangunan, mahu tidak mahu pemohon perlu tukar juga walaupun Pinjaman Kerajaan tidak mewajibkannya. Kuncinya, yang meluluskan pelan rumah adalah Majlis Daerah.

𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞:

𝟏) Kebanyakan Majlis Daerah sudah mewajibkan pemilik tanah untuk menukarkan status tanah pertanian ke status bangunan bagi syarat kelulusan pelan rumah.

Ini bermaksud, permohonan kelulusan pelan hanya diberikan apabila tanah sudah ditukar status atau sedang dalam proses ditukar status.

Perlu diingat, pemohon tidak dapat menghantar permohonan pinjaman pinjaman perumahan kakitangan kerajaan selagi pelan rumah tidak diluluskan Majlis Daerah.

𝟐) Majoriti pinjaman bank mewajibkan tanah ditukar status kepada status bangunan , namun minoriti bank yang tidak wajibkan ,

bagi bank yang menwajibkan tukar status bangunan walaupun sesetengah Majlis Daerah meluluskan pelan bagi status pertanian.

Ini bermaksud, walaupun pelan itu sudah lulus di peringkat Majlis Daerah, bank boleh menggunakan polisinya bagi menolak pinjaman bagi tanah berstatus pertanian.

Ini disebabkan ada pihak bank juga mahu melindungi kepentingan mereka yakni jika terdapat kegagalan bayaran pinjaman, banglo yang akan dilelong itu lebih tinggi nilainya jika ia berada dalam tanah berstatus bangunan.

Bina 𝙧𝙪𝙢𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙘𝙖𝙧𝙖 𝙩𝙪𝙣𝙖𝙞 / 𝙘𝙖𝙨𝙝?

𝗝𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 : Jika kita buat ikut prosedur

Majlis Daerah, kebanyakan tanah perlu berada dalam status bangunan sebelum pelan rumah diluluskan.Tetapi, jika kita tidak mengikut prosedur Majlis Daerah, itu cerita lain.

Pada nasihat kami tukarlah status tanah anda walaupun Majlis Daerah ditempat anda tidak mewajibkan begitu bagi permohonan pelan rumah.

INFO

Kos tukar status adalah berbeza mengikut setiap Daerah dan kosnya tidaklah mahal.

Anda boleh rujuk kos di Pejabat Tanah masing-masing.

Biasanya premium tukar status sekitar RM 1.00-1.40 setiap sq meter (Sekali lagi, sila rujuk pada Pejabat Tanah dikawasan anda kerana kadar ini tidak sama dan boleh berubah).

Kalau tanah anda 1 ekar jadi saiznya dalam Sq Meter adalah 4047. Kos bagi tukar status, katalah contoh premium tukar status RM 1.40 per sq meter; 4047 sq meter x RM 1.40 = RM 5,665. Apakah nilai RM 5,665 ini mahal bagi tanah seekar?

Moga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Kerana kepercayaan pelanggan sebelum ini kami terus bergerak membantu memiliki rumah di atas tanah sendiri dengan design yang mereka inginkan.

NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI ?

JENIS PEMBIAYAAN ANDA LAYAK DAPAT

1. Cash

2. Loan LPPSA (Penjawat Awam/Kerajaan)

3. Loan Bank

4. KWSP (Akaun 2)

www.wasap.my/60192109430/FreeKonsult

www.wasap.my/60192109430/FreeKonsult

” Rekabentuk impian anda bersama kami. “

AHB GROUP – www.NakBinaRumah. com

Kongsikan Artikel ini:

Artikel Popular